AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Perkumpulan Pagi Format Baru dan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam ITQSHHB

Tarikh: 10 Rabiulawal 1431 H / 24 Februari 2010M
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB

Perkumpulan Pagi format baru ini masih dalam peringkat percubaan dan ianya bertujuan untuk memberikan suasana yang lebih selesa kepada para penuntut dan guru-guru. Perkumpulan pagi juga diselajurkan dengan persembahan tausyeh dan persembahan sajak daripada penuntut ITQSHHB.


Upacara Perhimpunan Agung Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26

Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke 26 pada 9 Rabiulawal 1431 H bersamaan dengan 23 Februari 2010 di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan. Sambutan diselajurkan dengan perbarisan lalu daripada pasukan-pasukan beruniform, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta dan sekolah-sekolah.

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kementerian Hal Ehwal Ugama, diwakili oleh Ustaz Haji Abdul Rajid, Ustaz Muhammad Ali Sabri dan Cikgu Amzah, juga ikut serta dalam upacara perbarisan lalu tersebut.

"snapshots - semasa perarakan"



Dikir Maulud di ITQSHHB

Sempena sambutan Maulidul Rasul, pihak ITQSHHB telah juga mengadakan dikir Maulud di kedua-dua musolla institut tersebut pada setiap malam sehingga menjelangnya 12 RabiulAwal.


Ceramah Motivasi dari Dato Hassan Din Al-Hafiz

Satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang tak asing lagi iaitu, Yang Mulia Dato Hassan Din Al-Hafiz dari Malaysia. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah, ITQSHHB pada hari Khamis, 18 Februari 2010, jam 2.15 petang sempena menyambut kedatangan Maulid Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam.

Antara perkara yang telah disentuh oleh Yang Mulia Dato adalah kelebihan dan cara-cara yang terbaik untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran disamping memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang hadir untuk menguasai ilmu Al-Quran.

"Snapshots" - Ceramah Motivasi




Lawatan Muhammad Fazalee Ja'afar, Majlis Ugama Islam Singapura

Muhammad Fazalee Ja'afar merupakan salah seorang peserta yang mewakili Singapura dalam mesyuarat peringkat anggota MABIMS yang mengambil tempat di Pusat Dakwah Islamiah baru-baru ini. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

"snapshots - semasa lawatan"