AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Amazing Race di OSP

Tarikh: 17 Mac 2010 (Hari Rabu)
Jam: 8 pagi
Tempat: Kawasan Blok Pengajian ITQSHHB, Kondominium OSP

Seperti lazimnya, sebelum cuti penggal persekolahan bermula, aktiviti telah diaturkan untuk pelajar-pelajar ITQSHHB. Antara aktiviti tersebut ialah Mini Bazaar dikendalikan oleh guru-guru ITQSHHB dan Amazing Race bagi pelajar-pelajar perempuan ITQSHHB.

"Snapshots" - Mini Bazaar & Aktiviti Pelajar

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

Tarikh: Isnin, 15 Mac 2010u
Jam: 8 malam
Tempat: Padang Bolasepak SMJA, BSB


Perlawanan adalah diantara Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah menentang pasukan bolasepak gabungan kedutaan Saudi Arabia, Qatar dan Kuwait.

"snapshots"


 

Majlis Silaturrahim Badan Kebajikan ITQSHHB 2009

Tarikh: Sabtu, 27 Rabiulawal 1431 H / 13 Mac 2010 M
Masa: Jam 2 petang
Tempat: Dar Takaful IBB Berhad, Bandar Seri Begawan

Seperti tahun-tahun yang sudah, Badan Kebajikan ITQSHHB telah mengadakan Majlis Silaturrahim  Badan Kebajikan ITQSHHB 2009. Acara yang diadakan setiap tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan dan tenaga khidmat yang telah dicurahkan oleh semua warga Institut sepanjang tahun 2009. Majlis juga diselajurkan dengan majlis penghargaan kepada warga Institut yang telah menamatkan perkhidmatan dan juga meraikan beberapa orang guru dan kakitangan perempuan yang telah menimang cahayamata.


Hadir di majlis tersebut ialah pengetua ITQSHHB, Ustaz Haji Abd Rajid Bin Haji Mohd Salleh, Timbalan Pengetua, Cikgu Haji Awang Bin Haji Aji dan warga Institut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat diikuti dengan ucapan pengetua ITQSHHB.

"Snapshots - Semasa majlis diadakan"