AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

BICARAWAN FALSAFAH NEGARA (MELAYU ISLAM BERAJA)

Majlis
Bicarawan  Falsafah Negara (Melayu Islam Beraja) dengan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah  anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja kelolaan bersama Jabatan Pengajian Islam dan Akademik Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Tarikh: 24 Jun 2010 ( Hari Khamis)

Jam: 7.45 pagi

Tempat: Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah 

Acara diserikan dengan ceramah, drama, perbincangan dan pembentangan.

"Snapshots - Majlis Bicarawan"




Lawatan Daripada Rombongan Negeri Sabah

Tarikh: 22 Jamadilakhir 1431 H / 5 Jun 2010
Jam: 1 Petang
Tempat: Dewan Kuliah ITQSHHB

Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Bin Mohd Arif, Pengerusi Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) beserta rombongan seramai 15 orang telah mengadakan kunjungan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kunjungan Yang Berhormat disusuli dengan ucapan alu-aluan dari yang mulia Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB dan seterusnya taklimat ringkas mengenai Institut oleh Cikgu Mohd Shah Bin Haji Abdul Mumin, Penolong Pengetua Pengurusan Estet dan Perhubungan Awam.

"snapshots - semasa kunjungan"




Selamat Bercuti

Alhamdullilah, Penyerahan Rekod bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tahun 7, 8, 9, Tingkatan 4 dan Kelas Braille telah berjalan dengan lancar, bermakna menutup tirai Penggal Kedua Persekolahan bagi tahun 2010. ITQSHHB ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua.

Penyerahan Rekod dan Perjumpaan IbuBapa dengan guru-guru ITQSHHB

Tarikh: 3 Jun 2010 (Hari Khamis)
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Musholla, ITQSHHB

Sebelum cuti penggal persekolahan bermula, ITQSHHB telah mengadakan penyerahan rekod dan sesi perjumpaan IbuBapa bagi Pelajar-pelajar Tahun 7, 8, 9 dan Tingkatan 4 dengan Guru-guru ITQSHHB. Dikesempatan itu IbuBapa pelajar berpeluang untuk mengetahui dan membincangkan perihal perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran Al-Quran dan mata pelajaran akademik.



"Snapshots" - Sesi Perjumpaan

Sukan Futsal ITQSHHB 2010

Tarikh: Sabtu, 30 Mei 2010
Masa: 7 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Dewan Sukan Universiti Brunei Darussalam


Walkaton ITQSHHB 2010

Tarikh: 13 Jamadilakhir 1431 H / 27 Mei 2010 M
Masa: Jam 8.00 pagi
Tempat: Dari ITQSHHB ke Taman Peranginan Damuan

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan acara walkaton amal bertujuan untuk mengumpul dana untuk tabung kemanusiaaan bagi mangsa gempabumi Haiti dan Chile, disamping itu mempromosikan gaya hidup yang sihat.

"snapshots"