AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Peperiksaan Percubaan O'level bagi Tingkatan 5A 2010

Peperiksaan Percubaan O'Level tahun 2010 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5A bermula pada 16 Ogos 2010 hingga 25 Ogos 2010 bertempat di kelas Tingkatan 5A.



Bittaufik Wannajah kepada pelajar-pelajar.


Semoga berjaya..

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini kerana kita mungkin tidak berkesempatan bertemunya lagi.
Kepada seluruh warga ITQSHHB, Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga puasa kita diterima oleh Allah S.W.T. 

Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M

Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M akan berlangsung pada hari Sabtu, 19 Syaaban 1431H bersamaan 31 Julai 2010M, jam 2 petang bertempat  di Dewan Kuliah,  Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang satu program baru diperkenalkan di Institut ini iaitu Program Diploma 'Aliyah Qiraat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 

Program yang diperkenalkan ini telah mengumpulkan seramai 12 orang siswa yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 2 orang perempuan setelah lulus menjalani ujian penilaian dan temuduga. 

Sesi pengajian bagi kemasukkan pertama program ini akan berjalan selama 6 semester atau 3 tahun.

"Snapshots"