AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.
23 SEPTEMBER 2010


MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 38

Majlis Konvokesyen UKM ke 38 telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada 9 Ogos 2010 .

Ustaz Hj Abd Rajid bin Hj Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB adalah antara mahasiswa yang dianugerahkan ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan. Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato Seri (DR) Ahmad Rithauddeen Al-Haj Tengku Ismail. Majlis yang penuh gilang gemilang itu dihadiri oleh Naib Canselor UKM, jemputan-jemputan khas, Para pensyarah dan para ibu bapa.

Hadir sama bagi menyaksikan penganugerahan tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Pelajar Brunei di Malaysia Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Hj Abu Bakar dan Md Mujeib bin Hj Musa. Semasa disana Pengetua ITQSHHB berkesempatan singgah di apartment Ustaz Pg Hj Amiruddin bin Pg Hj Damit yang pada masa kini sedang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana UKM.

Dalam pertemuan yang singkat itu, Ustaz Hj Abd Rajid melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Yang Dipertua Persatuan Pelajar Brunei di Malaysia dan rakan-rakannya atas pertolongan dan bantuan yang diberikan semasa keberadaannya disana. Beliau juga sangat-sangat berterima kasih kepada Ustaz Pg Hj Amiruddin bin Pg Hj Damit yang telah membantu beliau menguruskan semua hal berkaitan dengan konvokesyen dari awal hingga akhir.

Laporan : Sri Cempaka Bandar Baru bangi, Kajang Selangor Malaysia

"Snapshots" - Majlis Konvokesyen UKM




"SoutulHuffaz mengucapkan Mabruk kepada Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh"

Majlis Menandatangani Perjanjian

Majlis menandatangani perjanjian bagi perkhidmatan pembekalan dan penyajian makanan dan minuman diantara ITQSHHB dengan Aneka Rasa Restaurant and Catering berlangsung pada hari Isnin 10 Syawal 1431 H bersamaan dengan 20 September 2010 M jam 10 pagi bertempat di Dewan Makan Institut. Majlis telah dihadiri oleh pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Haji Ismail Bin Hj Abdul Manap.

Menandatangani bagi pihak institut ialah pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Hj Mohd Salleh dan bagi pihak Aneka Rasa Restaurant and Catering ialah pengurus besar, Awang Haji Yakob Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awg. Md Yusof. Majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai-pegawai dan kakitangan ITQSHHB.



Majlis Ramah Mesra Pelajar-Pelajar Yang Melanjutkan Pengajian ke Ma'had Qiraat Shoubra di Republik Arab Mesir

Tarikh: Sabtu, 9 Syawal 1431 H / 18 September 2010
Masa: 9 pagi
Tempat: Bilik Perpustakaan, ITQSHHB.



TARIKH PENTING - Peperiksaan SPUB & Peperiksaan STPUB

  • Peperiksaan SPUB akan bermula pada 19/09/2010 ( Hari Isnin ) bertempat di Dewan Serbaguna ITQSHHB.
  • Manakala Peperiksaan STPUB akan bermula pada 20/09/2010 (Hari Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna ITQSHHB.
Bittaufik Wannajah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Pra U Atas.
SoutulHuffaz's Team mewakili ITQSHHB mendo'akan semoga berjaya dengan cemerlang.

Eid Mubarak


Kepada seluruh warga ITQSHHB diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Menjelangnya Syawal menandakan kemenangan setelah menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2009

Tarikh: Selasa, 20 Ramadhan 1431 H / 31 Ogos 2010
Masa: 5.30 petang
Tempat: Takaful Hall, Bangunan Dar Takaful IBB Berhad, Bandar Seri Begawan

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi sesi 2009 semalam. Acara ini merupakan acara tahunan institut dan ianya adalah sebagai tanda penghargaan diatas pencapaian cemerlang para penuntut di bidang Al-Quran dan Akademik. Disamping itu juga, majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama institut di pertandingan musabaqah di dalam dan luar negara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz Bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.

Acara diselajurkan dengan majlis bersungkai diikuti dengan sembahyang maghrib beramai-ramai.

"snapshots semasa majlis"