Bagi pelajar-pelajar lelaki sesi tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Asrama Lelaki, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Manakala bagi pelajar-pelajar perempuan pula telah diadakan di Lobi Asrama Perempuan, Bangunan Ong Sum Ping, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua acara berlangsung secara serentak dan dikendalikan oleh para pegawai dan kakitangan Institut berkenaan.
Sepertimana lazimnya, para pelajar akan didaftarkan oleh ibubapa/ penjaga masing-masing dan seterusnya pelajar menempati bilik-bilik di asrama dimana mereka akan meneruskan pengajian di Institut ini.
Setiap pelajar dikehendaki untuk tinggal di asrama sepanjang pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Walaubagaimanapun mereka juga dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing seminggu sekali dan pada hari-hari kelepasan awam. Tujuan perkara ini dilaksanakan adalah untuk mendidik para pelajar supaya lebih berdikari, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri masing-masing dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.