AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Aktiviti Sukan

Tarikh: 17 Mac 2011 (Hari Khamis)

Jam: 7.30 pagi

Tempat: Dewan Sukan JKR (Perempuan)

Sebelum cuti penggal persekolahan bermula, ITQSHHB telah mengadakan aktiviti sukan bagi pelajar-pelajar ITQSHHB. Aktiviti tersebut dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar beriadah untuk meningkatkan kesihatan badan dan melapangkan fikiran setelah menjalani pengajian selama lebih kurang tiga bulan.

"Snapshots"




KURSUS KEPIMPINAN BAGI PELAJAR-PELAJAR PROGRAM DIPLOMA ‘ALIYAH QIRAAT ITQSHHB

Pada 2hb dan 3hb Mac 2011M, telah berlangsung Kursus Kepimpinan yang julung-julung kalinya diadakan bagi Pelajar-Pelajar Pengambilan Pertama Program Diploma ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Sesi Pengajian 2010M-2013M).

Seramai 10 orang pelajar, iaitu 8 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan telah menyertai kursus yang telah diadakan di Outward Bound Brunei Darussalam, Daerah Temburong.

Kursus 2 hari 1 malam tersebut diadakan bersempena dengan cuti pertengahan semester kedua pelajar-pelajar tersebut.

Menurut Cikgu Haji Mohammad Khairil Bin Haji Awg Bakar, Ketua Bahagian Program Diploma ‘Aliyah Qiraat, yang juga selaku Pegawai Pengiring, kursus tersebut telah diadakan dengan tujuan mendedahkan para pelajar dengan asas-asas kepimpinan yang perlu ada pada semua pelajar disamping melatih para pelajar untuk berkomunikasi dan berkerjasama diantara pelajar dengan lebih berkesan. Kursus ini juga diharap dapat memantapkan lagi jatidiri pelajar-pelajar yang pada satu hari nanti diharap akan menjadi antara tonggak utama Negara Brunei Darussalam untuk menjadi sebuah Negara Zikir.

Semasa kursus tersebut, para pelajar telah terlibat dengan secara aktif di dalam pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan minda mereka disamping aktiviti kerohanian seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Solat Sunat Hifzil Quran.

Pada Majlis Penutup kursus, Sijil Penyertaan Kursus telah disampaikan kepada para pelajar oleh Ustaz Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 "Snapshots"