AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Penyerahan Tiket Kepada Pesert Negara ke Musabaqah Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Quran Peringkat Asia Tenggara di Republik Indonesia


Para Guru Al-Quran dan Pelajar ITQSHHB Yang Mewakili Negara Ke Pertandingan Tersebut

 
Guru-Guru Al-Quran Yang Terlibat:
  • Ustaz Yusairi Bin Asbol (Peserta)
  • Ustaz Haji Mohammad Aliman Bin Haji Salim (Peserta)
  • Ustaz Muhammad Termizi Bin Mahmood (Pengiring)

Pelajar Yang Terlibat:
  • Muhammad Huzailan Bin Haji Kassim (Peserta)
  • Ak Ahmad Faris Ramadhani Bin Pg. Haji Sellahhuddin (Peserta)
  • Ak Khairul Ikhwan Bin Pg. Alit (Peserta)
  • Muhammad Abu Hurairah Bin Ariffin (Peserta)
  • Muhammad Najib Bin Aliakbar (Peserta)
Pertandingan ini merupakan satu peluang baik bagi Guru-Guru Al-Quran dan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk bersaing dengan peserta-peserta di Asia Tenggara, sekaligus ianya juga memberikan peluang bagi mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman semasa bertanding di luar negara. InsyaAllah peserta negara akan bertolak ke Republik Indonesia pada hari Sabtu 26 Disember 2009.

Perpustakaan ITQSHHB Di Tutup Sementara

Untuk makluman semua pengguna perpustakaan ITQSHB bahawa perpustakaan ditutup buat sementara waktu disebabkan oleh kerja-kerja penghapusan serangga. InsyaAllah perpustakaan akan mula beroperasi setelah kerja-kerja selesai dan perpustakaan selamat untuk pengguna. Sekian harap maklum.


Keputusan PMB

Tahniah kepada semua pelajar tahun 9 Institut Tahfiz Al-Quran kerana telah lulus peperiksaan PMB 2009. Tahniah juga kepada penuntut-penuntut yang disenaraikan kerana memperolehi markah kepujian 4 distinction:

  1. Nur Aqilah bte Hj Mohd Salleh (7 distinction)
  2. Hazirah bte Hazilan (6 distinction)
  3. Mohd Musa bin Hj Ibrahim (5 distinction)
  4. Mohd Abdul Yazid bin Yahya (4 distinction)
  5. Muhd Ilham Syakirin bin Hj Muhd Salleh (4 distinction)
  6. Maisarah bte Sofri (4 distinction)
  7. Dk Syahriah Hazirah bte Pg Alit (4 distinction)
Pelajar bolehlah mengambil slip keputusan masing-masing di kaunter penyambut tetamu Institut pada waktu pejabat.

Keputusan S.P.U

Keputusan bagi Peperiksaan S.P.U. bagi pelajar-pelajar Tahun 11 telahpun dikeluarkan.

Pihak ITQSHHB ingin merakamkan ucapan TAHNIAH & ALFU MABRUK kepada pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan S.P.U yang lalu.

Slip keputusan bolehlah diambil di Bahagian Pentadbiran, ITQSHHB



Selamat Bercuti Warga ITQSHHB

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar ITQSHHB, selamat bercuti dan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.


Terima Kasih Ustazah Hanan

Dalam kesempatan ini, pihak ITQSHHB sukacita mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Hanan di atas jasa baik beliau menjalankan tugas sebagai Guru Bahasa Arab di ITQSHHB. Semoga segala sumbangan selaku tenaga pengajar dan pendidik akan menjadi kenangan yang tidak akan pudar dan didoakan akan mencapai kejayaan di manapun beliau berada.


Penyerahan Rekod dan Perjumpaan Ibu Bapa & Guru-Guru ITQSHHB

Tarikh: 26 November 2009 (Hari Khamis)
Jam: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Musholla, ITQSHHB

"Snapshots" - Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru-Guru ITQSHHB


Ujian Tasmie' Biasa Menghafaz Al-Quran Kali Kedua Bagi Tahun 1430H/2009M

Diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

  • 19 November 2009 (Hari Khamis)
  • 21 November 2009 (Hari Sabtu)
  • 23 November 2009 (Hari Isnin)
  • 24 November 2009 (Hari Selasa)
  • 26 November 2009 (Hari Khamis)
  • 30 November 2009 (Hari Isnin)

Ujian dijalankan terhadap calon-calon penerima elaun hafaz iaitu:

  • Penerima elaun hafaz 30 Juzu' iaitu $1,000 sebulan
  • Penerima elaun hafaz 20 Juzu' iaitu $400 sebulan
  • Penerima elaun hafaz 10 Juzu' iaitu $200 sebulan

Keramaian calon yang menduduki Ujian Tasmie' seperti berikut:

  • Kategori 30 Juzu' - 16 orang
  • Kategori 20 Juzu' - 7 orang
  • Kategori 10 Juzu' - 62 orang

"Snapshots" - Ujian Dijalankan

Aktiviti Akhir Tahun dan Majlis Pelancaran Tabung Bencana Alam di Filipina dan Indonesia

Tarikh: 25 November 2009 (Rabu)

Jam: 7 pagi hingga 11 pagi
Tempat: Peranginan Pantai Muara




Acara dimulakan dengan bacaan Doa dan ucapan dari Cikgu Haji Awang, Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar.

Pelajar seterusnya mengadakan sesi memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti.





Majlis Pelancaran Tabung Bencana Alam Filipina dan Indonesia






'Snapshots' - Aktiviti Akhir Tahun 2009