AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Minggu Ta'aruf bagi Pelajar-Pelajar Baru Sesi Pengajian 1431H / 2010M ITQSHHB



I. Sesi Taklimat Bagi Pelajar-Pelajar Baru


Tarikh: 16 Januari 2010 (Hari Sabtu)
Jam: 1.45 petang
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB


II. Pendaftaran Pelajar-Pelajar Baru


Tarikh: 19 Januari 2010 (Hari Selasa)
Jam: 3.00 - 5.00 petang
Tempat:
Dewan Serbaguna, ITQSHHB, Jalan Tutong (Bagi Pelajar Lelaki)
Lobi Blok Pengajian, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping, ITQSHHB (Bagi Pelajar Perempuan)

"snapshots" - kemasukan pelajar lelaki Tahun 7 ke asrama lelaki ITQSHHB 





III. Majlis Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru Sesi Pengajian 1431H / 2010M

Tarikh: 23 Januari 2010 (Hari Sabtu)
Jam: 9.45 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB

"snapshots" semasa acara berlangsung


Di atas kejayaan Awangku / Dayangku / Awang / Dayang serta kerjasama Ibu Bapa / Penjaga, pihak ITQSHHB mengucapkan tahniah dan terima kasih.

Lawatan Daripada Penduduk Islam Dari Negara Cina ke ITQSHHB

Hari / Tarikh: Sabtu, 16hb Januari 2010


Sesi Taklimat Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru ITQSHHB Sesi 1431 H / 2010 M

Tarikh: 16hb Januari 2010
Masa: 1.30 petang
Tempat: Dewan Kuliah ITQSHHB






Lawatan Daripada Imam Shaddi Australia

Tarikh: 16 Januari 2010 (Hari Sabtu)
Jam: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB


LAWATAN ILMIAH dari AJK Muslimah

Rombongan seramai 60 orang dari Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait telah membuat lawatan ilmiah ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Sabtu, 16 Januari 2010, jam 2 petang.

"Snapshots" - Semasa Lawatan


Sembahyang Hajat, Membaca Yassin dan Sesi Muzakarah Bagi Tahun 1431 H / 2010 M

Tarikh: 4hb Januari 2010
Tempat: Musola, Dewan Kuliah ITQSHHB


Majlis Doa Selamat Sempena Akhir Tahun 1430 H dan 2009 M

Tarikh: 31st December 2009
Tempat: Dewan Kuliah ITQSHHB



 
 
 

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru kepada Semua Warga ITQSHHB

Semoga ALLAH selalu melindungi hamba-Nya,
maka berbuatlah yang terbaik di dunia ini,
agar kelak bahagia di sisi-Nya,
dan gapailah Redha-Nya…
AMIN


Selamat kembali bertugas kepada guru-guru dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar ITQSHHB.


Muhammad Huzailan Harumkan Nama Negara




Mohammad Huzailan Haji Kassim mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori menghafaz 20 Juz di Musabaqah Tahunan Putera Sultan bin Abdulaziz Bagi Pertandingan Menghafaz Ayat Suci al-Quran dan Sunah Rasulullah Peringkat Asia Tenggara Kedua yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 27 hingga 29 Disember.

Brunei menerusi Kementerian Hal Ehwal Ugama menghantar rombongan lapan orang iaitu tujuh peserta dan diiringi seorang pegawai, Haji Mohammad Termizi Haji Mahmood.

Sehubungan itu, rombongan yang pulang dari Indonesia itu dialu-alukan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar serta pegawai kanan kementerian di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

Dalam kategori menghafaz 20 Juz, Mohammad Huzailan berjaya mendapat tempat kedua dan menerima hadiah sijil penyertaan, wang tunai sebanyak 8,500 Riyal dan tiket penerbangan menunaikan ibadah haji.

Mohammad Huzailan ketika ditemui media meluahkan perasaan gembira kerana memenangi tempat kedua. Beliau tidak menyangka mendapat keputusan itu kerana saingan yang hebat dari peserta negara lain terutamanya Indonesia dan Malaysia.

Pertandingan itu diselenggarakan bersama Kedutaan Arab Saudi di Indonesia dengan kerjasama Departemen Agama Republik Indonesia. Seramai 115 peserta mengambil bahagian dari 11 negara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Kemboja, Myanmar, Tajikistan, Uzbekistan dan Kazaktan.

 (Petikan dari Media Permata, Khamis 31 Disember 2009)