AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Sukan Ria - Bowling


Pada hari Sabtu, 29 Mei 2010, jam 9 pagi bertempat di Utama Bowling telah berlangsung acara sukan bowling yang dihadiri oleh tenaga pengajar perempuan ITQSHHB dan para pelajar perempuan ITQSHHB. Acara tersebut adalah salah satu aktiviti yang diaturkan sebelum cuti penggal persekolahan bermula.

Dengan adanya aktiviti tersebut ianya akan dapat lagi mengeratkan hubungan ukhwah di antara para pelajar dan guru-guru dan mengamalkan budaya hidup yang sihat.

"Snapshots" - Bowling




15th International Conference on Education



Dua orang wakil daripada ITQSHHB iaitu Cikgu Hjh Rohzianti dan Cikgu Zasrida telah berpeluang untuk menghadiri persidangan dan bengkel sempena 15th International Conference on Education di Universiti Brunei Darussalam pada 24 hingga 26 Mei 2010.
Tema persidangan tersebut ialah "Challenging Models, Challenging Minds: Initiating Effective Educational Reform and Development".
Dalam tempoh persidangan tersebut, beberapa bengkel telah diaturkan secara serentak. Para peserta diberikan peluang untuk memilih mana-mana bengkel yang disenaraikan sesuai dengan minat dan bidang masing-masing.

"Snapshots" - 15th ICE 2010


Majlis Doa Kesyukuran Untuk Pelajar-Pelajar ITQSHHB ke Darul Quran

Tarikh: 10 Jamadilakhir 1431 H / 24 Mei 2010 M
Masa: 2 Petang
Tempat: Perpustakaan ITQSHHB
Tetamu Kehormat: Pengiran Haji Bahrom Bin Pengiran Haji Bahar (Timbalan Setiauasha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama)

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan majlis doa kesyukuran bagi meraikan lima pelajar Institut yang telah berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Darul Quran, Malaysia. Pelajar-Pelajar tersebut adalah:
  1. Mohammad Isamuddin Bin Haji Mahmud
  2. Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar Bin Suip
  3. Nuruluyun Nayirah Binti Ismail
  4. Faaiqah Binti Haji Suleiman
  5. Faqihah Binti Haji Suleiman
Di ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut dan di harap akan dapat meneruskan kecemerlangan di masa-masa akan datang.

"snapshots - majlis doa selamat"

"snapshots - menandatangani kontrak"


Majlis Appresiasi bagi Guru-Guru Terlatih UBD bagi tahun 2010

Tarikh: 15 Mei 2010
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB

Di ucapkan tahniah kepada guru-guru terlatih Universiti Brunei Darussalam kerana telah berjaya menamatkan latihan mengajar mereka di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Anugerah Pelajar Cemerlang Negara Brunei Darussalam

Tarikh: 29 April 2010
Masa: 2 petang
Tempat: Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas

Tiga pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkah berjaya menerima beberapa anugerah sebagai pelajar cemerlang dalam bidang-bidang berikut:

1. Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar Bin Suip

Penerima Anugerah High Achievement in Cambridge GCE 'O' Level Hafaz Al-Quran

2. Faqihah Binti Haji Suleiman

Top in Brunei Darussalam - Cambridge GCE 'O' Level Tafsir Al-Quran 

3. Shadi Ali Abdel Kader Mohamed - Top in Brunei Darussalam - Cambridge GCE 'O' Level Bahasa Arab


Di ucapkan syukur dan tahniah kepada pelajar berkenaan kerana telah mengharumkan nama institut dan juga diharap akan dapat meneruskan usaha demi mencapai impian yang lebih tinggi.

"snapshots"


Mengikuti Pengajian Di Darul Quran JAKIM

Tarikh: 22 April 2010
Masa: 9 Pagi
Tempat: Bilik Persidangan, Blok Pengajian 2 ITQSHHB

Beberapa orang pelajar ITQSHHB telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di Darul Quran JAKIM. Sehubungan dengan itu, seramai 9 pelajar Institut yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam telah mengikuti sesi temuduga tersebut.