AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

MENERIMA KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BARU ITQSHHB SESI 1433H/2012M KE ASRAMA ITQSHHB

Acara: Menerima kemasukan pelajar-pelajar baru ke ITQSHHB
Tarikh : 22hb Safar 1433H bersamaan 16hb Januari 2012M (Hari Isnin)
Jam :  3 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Blok Asrama Lelaki, ITQSHHB (Bagi pelajar lelaki)
               Lobi Asrama Perempuan, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bagi Pelajar Perempuan)




"Snapshots"






Kepada Pelajar-Pelajar baru diucapkan 
selamat datang, Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum ke ITQSHHB. 
Semoga akan dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara dengan ilmu yang ditimba di Institut ini.

Sesi Taklimat Pelajar-Pelajar Baru ITQSHHB sesi 1433H / 2012M

Tarikh: 05hb Januari 2012 (Hari Khamis)
Jam : 2 petang
Tempat: Dewan Kuliah ITQSHHB

Sila klik pada pautan yang terdapat di bawah untuk rujukan biskita :
Perisian Sesi Taklimat
Slides Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Slides Bahagian Akademik
Slides Bahagian Al-Quran
Slides Taklimat Pelajar Baru
Slides Bahagian Pendaftaran



Sesi taklimat penerimaan pelajar-pelajar baru Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sesi 1433H / 2012M berlangsung pada Hari Khamis, 11hb Safar 1433H bersamaan 05hb Januari 2011M, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam.

Hadir di taklimat tersebut adalah Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ustaz Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, Timbalan Pengetua Akademik, Penolong-penolong Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, para ibu bapa dan pelajar-pelajar baru Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sesi 1433H / 2012M.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Sujairi bin Haji Dollah, Timbalan Pengetua Akademik.

Seramai 40 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sesi 1433H / 2012M.

Di antara tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah seperti berikut:

ü  Permulaan untuk pelajar-pelajar baru mengenali Institut dengan lebih baik, terutama dari segi sistem pengajian dan peraturan-peraturan Institut.

ü  Bagi meningkatkan perhubungan baik di antara ibubapa / pelajar dan pihak Institut.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan doa penutup oleh Ustaz Haji Mohammad Aliman bin Haji Salim.



"Snapshots"