AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Bersempena Dengan Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Kelolaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Tarikh:  Hari Jumaat, 18 Syabaan 1431H bersamaan 30 Julai 2010M
Jam: 6 petang
Tempat: Musolla, ITQSHHB

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi memohon kepada Allah SWT agar program Diploma 'Aliyah Qiraat kelolaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Majlis Perasmiannya dapat berjalan dengan selamat, sempurna, teratur dan lancar.

Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah:
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Md. Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abd Rahman, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Objektif majlis tersebut diadakan adalah bagi meraikan 10 orang siswa dan 2 orang siswi yang melanjutkan pengajian mereka dalam Program Diploma 'Aliyah Qiraat dalam bidang pengajian Al-Quran yang pertama di Negara Brunei Darussalam.

"Snapshots"

Majlis Khatam Al-Quran Sebanyak 64 Kali

Tarikh: 14 Julai 2010
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Musolla, ITQSHHB

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sebanyak 64 kali sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun. Majlis berlangsung di Musolla Institut.

Acara dimulakan dengan sembahyang sunnat hajat dan seterusnya bacaan surah Al-Fatihah oleh Pengetua Institut iaitu Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Haji Mohd Salleh.

"snapshots"

Peperiksaan Percubaan SPU dan STPU

Peperiksaan Percubaan SPU dan STPU bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Pra U II bermula pada 14 Julai 2010 hingga 31 Julai 2010 bertempat di Dewan Serbaguna ITQSHHB.


Bittaufik Wannajah kepada pelajar-pelajar.


Semoga berjaya..

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam
Ke 64 Tahun
15 Julai 2010

Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama Ke ITQSHHB



Tarikh: 24 Jun 2010 ( Hari Khamis ) Jam: 9 pagi
Tempat: Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, KHEU


Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir dalam rombongan ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ke ITQSHHB dialu-alukan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB.

Program lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Pegawai Ugama.
Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan serta taklimat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB. 



Acara diteruskan dengan ucapan nasihat oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr.Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama. 

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama,Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya dijunjung membuat lawatan ke bahagian-bahagian ITQSHHB.


"Snapshots - Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama"