AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Doa Kesyukuran bagi Muhammad Helmi

 Majlis Doa Kesyukuran bagi Muhammad Helmi bin Latip telah diadakan pada 18hb September 2009  bertempat di Musolla, ITQSHHB, sempena kemenangannya di tempat ketiga di Pertandingan Menghafaz Al-Quran di Amman Jordan.


"Snapshots" - Majlis Doa Kesyukuran
  



Tahniah di atas kejayaan yang diperolehi.

Persiapan Menyambut Hari Raya

Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba warga ITQSHHB tidak ketinggalan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengan ini juga warga ITQSHHB ingin mengucapkan Minal a'idin wal faizin kullu amin wa antum bikhair..

"Snapshots" - Suasana ITQSHHB

Alfu Mabruk - Muhammad Helmi bin Latip

Pelajar ITQSHHB, Muhammad Helmi bin Latip telah berjaya menduduki tempat ketiga di Pertandingan Antarabangsa Kerajaan Hasyimiah Kali Ke-17 bagi menghafaz, membaca dan Mentafsir Al-Quran di Amman, Jordan pada 20-26 Ramadhan 1430H bersamaan 10-16 sepetember 2009M..

Tahniah dan Alfu Mabruk kepada Muhammad Helmi bin Latip.

Ujian Tasmie' Al-Quran 30 Juzuk

Ujian Tasmie' Al-Quran 30 Juzuk bagi dua orang pelajar ITQSHHB yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir telah diadakan pada pagi ini 15 September 2009, jam 8.45 pagi bertempat di Kelas Pengajian. ITQSHHB.


"Snapshots" - Ujian Tasmie'

Ucapan Selamat kepada Warga ITQSHHB Sempena Cuti Penggal Ketiga

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar ITQSHHB, selamat bercuti dan semoga akan menggunakan masa sebaik-baiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Majlis Pelancaran Blog ITQSHHB

Majlis Pelancaran Blog ITQSHHB, SoutulHuffaz berlansung pada hari ini 22 Ramadan 1430H bersamaan 12 September 2009M bertempat di Lobi ITQSHHB jam 9.20 pagi. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB yang telah disaksikan oleh pegawai-pegawai, guru-guru, kakitangan dan para pelajar ITQSHHB.



"Snapshots" - Suasana Majlis Pelancaran