AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru kepada Semua Warga ITQSHHB

Semoga ALLAH selalu melindungi hamba-Nya,
maka berbuatlah yang terbaik di dunia ini,
agar kelak bahagia di sisi-Nya,
dan gapailah Redha-Nya…
AMIN


Selamat kembali bertugas kepada guru-guru dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar ITQSHHB.


Muhammad Huzailan Harumkan Nama Negara




Mohammad Huzailan Haji Kassim mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori menghafaz 20 Juz di Musabaqah Tahunan Putera Sultan bin Abdulaziz Bagi Pertandingan Menghafaz Ayat Suci al-Quran dan Sunah Rasulullah Peringkat Asia Tenggara Kedua yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 27 hingga 29 Disember.

Brunei menerusi Kementerian Hal Ehwal Ugama menghantar rombongan lapan orang iaitu tujuh peserta dan diiringi seorang pegawai, Haji Mohammad Termizi Haji Mahmood.

Sehubungan itu, rombongan yang pulang dari Indonesia itu dialu-alukan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar serta pegawai kanan kementerian di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

Dalam kategori menghafaz 20 Juz, Mohammad Huzailan berjaya mendapat tempat kedua dan menerima hadiah sijil penyertaan, wang tunai sebanyak 8,500 Riyal dan tiket penerbangan menunaikan ibadah haji.

Mohammad Huzailan ketika ditemui media meluahkan perasaan gembira kerana memenangi tempat kedua. Beliau tidak menyangka mendapat keputusan itu kerana saingan yang hebat dari peserta negara lain terutamanya Indonesia dan Malaysia.

Pertandingan itu diselenggarakan bersama Kedutaan Arab Saudi di Indonesia dengan kerjasama Departemen Agama Republik Indonesia. Seramai 115 peserta mengambil bahagian dari 11 negara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Kemboja, Myanmar, Tajikistan, Uzbekistan dan Kazaktan.

 (Petikan dari Media Permata, Khamis 31 Disember 2009)

Majlis Penyerahan Tiket Kepada Pesert Negara ke Musabaqah Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Quran Peringkat Asia Tenggara di Republik Indonesia


Para Guru Al-Quran dan Pelajar ITQSHHB Yang Mewakili Negara Ke Pertandingan Tersebut

 
Guru-Guru Al-Quran Yang Terlibat:
  • Ustaz Yusairi Bin Asbol (Peserta)
  • Ustaz Haji Mohammad Aliman Bin Haji Salim (Peserta)
  • Ustaz Muhammad Termizi Bin Mahmood (Pengiring)

Pelajar Yang Terlibat:
  • Muhammad Huzailan Bin Haji Kassim (Peserta)
  • Ak Ahmad Faris Ramadhani Bin Pg. Haji Sellahhuddin (Peserta)
  • Ak Khairul Ikhwan Bin Pg. Alit (Peserta)
  • Muhammad Abu Hurairah Bin Ariffin (Peserta)
  • Muhammad Najib Bin Aliakbar (Peserta)
Pertandingan ini merupakan satu peluang baik bagi Guru-Guru Al-Quran dan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk bersaing dengan peserta-peserta di Asia Tenggara, sekaligus ianya juga memberikan peluang bagi mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman semasa bertanding di luar negara. InsyaAllah peserta negara akan bertolak ke Republik Indonesia pada hari Sabtu 26 Disember 2009.

Perpustakaan ITQSHHB Di Tutup Sementara

Untuk makluman semua pengguna perpustakaan ITQSHB bahawa perpustakaan ditutup buat sementara waktu disebabkan oleh kerja-kerja penghapusan serangga. InsyaAllah perpustakaan akan mula beroperasi setelah kerja-kerja selesai dan perpustakaan selamat untuk pengguna. Sekian harap maklum.


Keputusan PMB

Tahniah kepada semua pelajar tahun 9 Institut Tahfiz Al-Quran kerana telah lulus peperiksaan PMB 2009. Tahniah juga kepada penuntut-penuntut yang disenaraikan kerana memperolehi markah kepujian 4 distinction:

  1. Nur Aqilah bte Hj Mohd Salleh (7 distinction)
  2. Hazirah bte Hazilan (6 distinction)
  3. Mohd Musa bin Hj Ibrahim (5 distinction)
  4. Mohd Abdul Yazid bin Yahya (4 distinction)
  5. Muhd Ilham Syakirin bin Hj Muhd Salleh (4 distinction)
  6. Maisarah bte Sofri (4 distinction)
  7. Dk Syahriah Hazirah bte Pg Alit (4 distinction)
Pelajar bolehlah mengambil slip keputusan masing-masing di kaunter penyambut tetamu Institut pada waktu pejabat.