AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.
Dikir Maulud di ITQSHHB
Sempena sambutan Maulidul Rasul, pihak ITQSHHB telah juga mengadakan dikir Maulud di kedua-dua musolla institut tersebut pada setiap malam sehingga menjelangnya 12 RabiulAwal.
Ceramah Motivasi dari Dato Hassan Din Al-Hafiz
Satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang tak asing lagi iaitu, Yang Mulia Dato Hassan Din Al-Hafiz dari Malaysia. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah, ITQSHHB pada hari Khamis, 18 Februari 2010, jam 2.15 petang sempena menyambut kedatangan Maulid Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam.
Antara perkara yang telah disentuh oleh Yang Mulia Dato adalah kelebihan dan cara-cara yang terbaik untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran disamping memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang hadir untuk menguasai ilmu Al-Quran.
Antara perkara yang telah disentuh oleh Yang Mulia Dato adalah kelebihan dan cara-cara yang terbaik untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran disamping memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang hadir untuk menguasai ilmu Al-Quran.
Lawatan Muhammad Fazalee Ja'afar, Majlis Ugama Islam Singapura
Muhammad Fazalee Ja'afar merupakan salah seorang peserta yang mewakili Singapura dalam mesyuarat peringkat anggota MABIMS yang mengambil tempat di Pusat Dakwah Islamiah baru-baru ini. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
"snapshots - semasa lawatan"
Minggu Ta'aruf bagi Pelajar-Pelajar Baru Sesi Pengajian 1431H / 2010M ITQSHHB
I. Sesi Taklimat Bagi Pelajar-Pelajar Baru
Tarikh: 16 Januari 2010 (Hari Sabtu)
Jam: 1.45 petang
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB
II. Pendaftaran Pelajar-Pelajar Baru
Tarikh: 19 Januari 2010 (Hari Selasa)
Jam: 3.00 - 5.00 petang
Tempat:
Dewan Serbaguna, ITQSHHB, Jalan Tutong (Bagi Pelajar Lelaki)
Lobi Blok Pengajian, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping, ITQSHHB (Bagi Pelajar Perempuan)
"snapshots" - kemasukan pelajar lelaki Tahun 7 ke asrama lelaki ITQSHHB
III. Majlis Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru Sesi Pengajian 1431H / 2010M
Tarikh: 23 Januari 2010 (Hari Sabtu)
Jam: 9.45 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB
"snapshots" semasa acara berlangsung
Di atas kejayaan Awangku / Dayangku / Awang / Dayang serta kerjasama Ibu Bapa / Penjaga, pihak ITQSHHB mengucapkan tahniah dan terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)