AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Kementerian Hal Ehwal Ugama

Tarikh: Isnin 15 Rabiulawal 1431 H / 1 Mac 2010 M
Masa: 7.45 - 11.30 pagi / 2.30 - 4 petang
Tempat: Dewan Kuliah ITQSHHB
Tetamu Kehormat: Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain Bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama

"snapshots - semasa majlis"

Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1431 Hijrah

Tarikh: 13 Rabiulawal 1431 Hijrah / 27 Februari 2010 Masihi
Jam: 7.30 pagi
Tempat: Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan

Majlis Penutup Dikir Maulud di Masjid Omar Ali Saifuddin

Majlis dikir maulud yang diadakan setiap malam di Masjid Omar Ali Saifuddin di ibu negara yang berlangsung selama 12 malam berturut-turut sejak 14 Februari lalu berakhir pada malam 25 Februari 2010 dengan Majlis Penutup Dikir. Majlis dikir yang diadakan di semua masjid ini adalah semata-mata bagi menyemarakkan dan mamperingati Hari Keputeraan Junjungan Kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. [Petikan dari Pelita Brunei Edisi Online 26 Februari 2010]

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga turut serta dalam majlis tersebut.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Perkumpulan Pagi Format Baru dan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam ITQSHHB

Tarikh: 10 Rabiulawal 1431 H / 24 Februari 2010M
Tempat: Dewan Kuliah, ITQSHHB

Perkumpulan Pagi format baru ini masih dalam peringkat percubaan dan ianya bertujuan untuk memberikan suasana yang lebih selesa kepada para penuntut dan guru-guru. Perkumpulan pagi juga diselajurkan dengan persembahan tausyeh dan persembahan sajak daripada penuntut ITQSHHB.


Upacara Perhimpunan Agung Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26

Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke 26 pada 9 Rabiulawal 1431 H bersamaan dengan 23 Februari 2010 di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan. Sambutan diselajurkan dengan perbarisan lalu daripada pasukan-pasukan beruniform, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta dan sekolah-sekolah.

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kementerian Hal Ehwal Ugama, diwakili oleh Ustaz Haji Abdul Rajid, Ustaz Muhammad Ali Sabri dan Cikgu Amzah, juga ikut serta dalam upacara perbarisan lalu tersebut.

"snapshots - semasa perarakan"