AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Silaturrahim Badan Kebajikan ITQSHHB 2009

Tarikh: Sabtu, 27 Rabiulawal 1431 H / 13 Mac 2010 M
Masa: Jam 2 petang
Tempat: Dar Takaful IBB Berhad, Bandar Seri Begawan

Seperti tahun-tahun yang sudah, Badan Kebajikan ITQSHHB telah mengadakan Majlis Silaturrahim  Badan Kebajikan ITQSHHB 2009. Acara yang diadakan setiap tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan dan tenaga khidmat yang telah dicurahkan oleh semua warga Institut sepanjang tahun 2009. Majlis juga diselajurkan dengan majlis penghargaan kepada warga Institut yang telah menamatkan perkhidmatan dan juga meraikan beberapa orang guru dan kakitangan perempuan yang telah menimang cahayamata.


Hadir di majlis tersebut ialah pengetua ITQSHHB, Ustaz Haji Abd Rajid Bin Haji Mohd Salleh, Timbalan Pengetua, Cikgu Haji Awang Bin Haji Aji dan warga Institut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat diikuti dengan ucapan pengetua ITQSHHB.

"Snapshots - Semasa majlis diadakan"


Lawatan daripada Saudi Arabia Dan Yaman

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah Binti Yang Teramat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz sekali lagi berkenan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan kali ini beserta dengan rombongan daripada Saudi Arabia dan Yaman Pada hari Sabtu, 27 Rabiulawal 1431 H / 13 Mac 2010 M.

"semasa lawatan"

 

Lawatan daripada Sheikh Mutiaa Al-Kabbani Mahmoud

Tarikh: 18 Rabiulawal 1431 H / 4 Mac 2010 M
Masa: 8 Pagi
Tempat: Musola ITQSHHB

Kunjungan Daripada Imam Kota Madinah

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassaanl Bolkiah telah menerima kunjungan daripada Tuan Imam Sheikh Ali Salleh bin Mohammad Ali Jaber pada 17 Rabiulawal 1431 Hijrah / 3 Mac 2010 Masehi.

Lawatan Taaruf

Tarikh: 16 Rabiulawal 1431 H / 2 Mac 2010 M
Masa: 2.30 petang

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah Binti Yang Teramat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz beserta suami pada hari ini berkenan membuat lawatan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Lawatan yang juga disertai oleh beberapa orang muslim daripada Republik Indonesia ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem pembelajaran di Institut.

"semasa lawatan"

Lawatan Ilmiah

Rombongan seramai 100 orang dari Muslimah Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah Kampong Kiarong telah membuat lawatan ilmiah ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Selasa, 2 Mac 2010 jam 8 pagi.

"snapshots - semasa lawatan"