AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

TARIKH PENTING - Peperiksaan SPUB & Peperiksaan STPUB

  • Peperiksaan SPUB akan bermula pada 19/09/2010 ( Hari Isnin ) bertempat di Dewan Serbaguna ITQSHHB.
  • Manakala Peperiksaan STPUB akan bermula pada 20/09/2010 (Hari Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna ITQSHHB.
Bittaufik Wannajah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Pra U Atas.
SoutulHuffaz's Team mewakili ITQSHHB mendo'akan semoga berjaya dengan cemerlang.

Eid Mubarak


Kepada seluruh warga ITQSHHB diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Menjelangnya Syawal menandakan kemenangan setelah menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2009

Tarikh: Selasa, 20 Ramadhan 1431 H / 31 Ogos 2010
Masa: 5.30 petang
Tempat: Takaful Hall, Bangunan Dar Takaful IBB Berhad, Bandar Seri Begawan

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi sesi 2009 semalam. Acara ini merupakan acara tahunan institut dan ianya adalah sebagai tanda penghargaan diatas pencapaian cemerlang para penuntut di bidang Al-Quran dan Akademik. Disamping itu juga, majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama institut di pertandingan musabaqah di dalam dan luar negara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz Bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.

Acara diselajurkan dengan majlis bersungkai diikuti dengan sembahyang maghrib beramai-ramai.

"snapshots semasa majlis"


Peperiksaan Percubaan O'level bagi Tingkatan 5A 2010

Peperiksaan Percubaan O'Level tahun 2010 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5A bermula pada 16 Ogos 2010 hingga 25 Ogos 2010 bertempat di kelas Tingkatan 5A.



Bittaufik Wannajah kepada pelajar-pelajar.


Semoga berjaya..

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini kerana kita mungkin tidak berkesempatan bertemunya lagi.
Kepada seluruh warga ITQSHHB, Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga puasa kita diterima oleh Allah S.W.T. 

Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M

Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M akan berlangsung pada hari Sabtu, 19 Syaaban 1431H bersamaan 31 Julai 2010M, jam 2 petang bertempat  di Dewan Kuliah,  Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang satu program baru diperkenalkan di Institut ini iaitu Program Diploma 'Aliyah Qiraat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 

Program yang diperkenalkan ini telah mengumpulkan seramai 12 orang siswa yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 2 orang perempuan setelah lulus menjalani ujian penilaian dan temuduga. 

Sesi pengajian bagi kemasukkan pertama program ini akan berjalan selama 6 semester atau 3 tahun.

"Snapshots"