Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M akan berlangsung pada hari Sabtu, 19 Syaaban 1431H bersamaan 31 Julai 2010M, jam 2 petang bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang satu program baru diperkenalkan di Institut ini iaitu Program Diploma 'Aliyah Qiraat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Program yang diperkenalkan ini telah mengumpulkan seramai 12 orang siswa yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 2 orang perempuan setelah lulus menjalani ujian penilaian dan temuduga.
Sesi pengajian bagi kemasukkan pertama program ini akan berjalan selama 6 semester atau 3 tahun.