AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Qiyamullail anjuran MPP‏

Majlis Qiamullail anjuran MPP telah berlangsung pada pagi Jumaat hari ke 21 Ramadan 1430H bermula jam 3 pagi. Pengisian pada malam tersebut ialah Solat Sunat Hifzi, Solat Sunat Tasbih dan Solat Sunat Hajat. Antara yang hadir bagi sama-sama menghidupkan Qiamullail itu ialah Pengetua ITQSHHB, Timbalan-timbalan Pengetua, beberapa orang pegawai ITQSHHB, PPPQ, pegawai-pegawai penempatan kerja dari ITB dan pelajar-pelajar ITQSHHB. Acara diselajurkan dengan bersahur beramai-ramai.



"Snapshots" - Qiamullail


MAJLIS KHATAM AL-QURAN JAMA’EI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Tarikh: 11 September 2009 (Hari Juma'at)
Tempat: Musolla, ITQSHHB
Jam: 5 petang
Tetamu Kehormat: Pengetua ITQSHHB

"Snapshots" - Majlis Khatam

Bekas Pelajar ITQSHHB Mendapat Biasiswa

Tarikh: 10 September 2009 (Khamis)
Tempat: Di Bilik Interaktif, Perpustakaan, ITQSHHB

Mabruk kepada Mohd Wafiyuddin dan Khairunisa Hanisah kerana mendapat tawaran biasiswa khas Kementerian Hal Ehwal Ugama ke United Kingdom. Semoga berjaya dengan cemerlang.

Pelajar ITQSHHB ke Jordan

Acara: Mengucapkan Selamat Belayar kepada pelajar ITQSHHB bagi Pertandingan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa ke Jordan


Pelajar yang ikut serta: Md Helmi

Pegawai Pengiring: Ustaz Haji Abd Hafeiz

Bittaufik Wannajah..

Cenderahati dari Badan Kebajikan ITQSHHB

Penyerahan Cenderahati dari Badan Kebajikan ITQSHHB sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H berupa minuman ringan dan sneks.

Tarikh: 09/09/09 ( Rabu)

Tempat: Perkarangan ITQSHHB

"Snapshots" - Aksi warga ITQSHHB

Terima kasih kepada Badan Kebajikan ITQSHHB. Semoga segala usaha akan mendapat pahala yang sebaik-baiknya dari Allah SWT jua. Amin

Pelajar-Pelajar ITQSHHB ke Mesir



Acara: Mengucapkan Selamat Belayar kepada pelajar-pelajar ITQSHHB bagi Pertandingan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa ke Mesir.

Tarikh: 07/09/09 (Isnin)

Pelajar yang ikut serta: Md Izzuddin (Tahun 10) dan Md Zubair (Tahun 8)

Pegawai Pengiring: Ustaz Haji Mohd Sujairi bin Haji Dollah

Bittaufik Wannajah..