AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Ak. Khairul Ikhwan Wakili Negara Ke Musabaqah Al-Quran Di Dubai


Awangku Khairul Ikhwan bin Pengiran Alit, pelajar Tingkatan 4B dipilih untuk mewakili negara ke Musabaqah Al-Quran di Dubai.


Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-13 di Dubai bermula pada 29 Ogos 2009 hingga 10 September 2009 dan rombongan negara akan berlepas pada 24 Ogos dan dijangka balik pada 10 September 2009.


Pegawai pengiring yang mengiringi Awangku Khairul Ikhwan ke musabaqah itu ialah guru Al-Quran beliau sendiri, Ustaz Hashim bin Haji Abdullah.


Awangku Khairul Ikhwan khatam hafazan 30 Juz al-Quran dan pernah terpilih ke peringkat akhir musabaqah al-Quran berserta pemahaman sempena Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat negara pada 2009 dalam kategori 'D' iaitu menghafaz 28 Juz al-Quran berserta pemahaman Juz 14.