AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Penyerahan Tiket dan Elaun bagi Peserta Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Quran kali ke 31 di Mekah Al Mukarramah.

Pada hari Khamis, 1hb Oktober 2009 telah berlangsung Majlis Penyerahan Tiket dan Elaun bagi Peserta Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Quran kali ke 31 di Mekah Al Mukarramah.

Penyerahan tiket dan elaun kepada peserta negara dan pengiring peserta telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Marzuki bin Haji Abd Rahman, Ketua Bahagian Syi'ar dan Perkembangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Peserta Negara Brunei Darussalam bagi pertandingan tersebut ialah Awang Ahmad Faez bin Haji Daim, pelajar Tahun 10B ITQSHHB. Beliau akan menyertai pertandingan tersebut di dalam Kategori 10 juzuk.

Pihak Institut mendoakan agar peserta ini akan dapat menunjukkan persembahan yang terbaik dan sekaligus berjaya meraih kejayaan.

 "Snapshots" - Majlis Penyerahan Tiket