AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Lawatan Pelajar Lelaki ITQSHHB ke Jabatan Hal Ehwal Masjid

Tarikh: 24 November 2009, 9 pagi

Lawatan ke Jabatan Hal Ehwal Masjid merupakan satu aktiviti institut sebelum cuti penggal ke empat tahun 2009. Lawatan juga memberikan maklumat yang berguna kepada penuntut berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Masjid. Disamping itu, ianya juga memberikan sedikit maklumat tentang kerjaya yang boleh mereka ceburi setelah tamat mengikuti pengajian di Institut.