AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Para Pelajar ITQSHHB Mengimami Solat Terawih & Witir

Pelajar-pelajar ITQSHHB yang terpilih telah diamanahkan untuk mengimamkan Solat Terawih dan Witir di masjid-masjid tertentu disepanjang bulan Ramadan ini. Ianya merupakan salah satu aktiviti tahunan institut ini. Ianya bertujuan untuk melatih para pelajar institut ini dalam sama-sama mendokong dan menggalakkan umat Islam menjalankan amal ibadat secara berjemaah khususnya dalam mengerjakan Solat Terawih dan Witir di bulan Ramadan.

Ujian Bulanan Ketiga bagi Pelajar Tahun 7 & 8


Ujian Bulanan Ketiga bagi Pelajar Tahun 7 & 8 telah pun diadakan bermula 31/08/09 hingga 08/09/09 bertempat di kelas masing-masing. Semoga lulus dengan cemerlang.

Peperiksaan STPUB dan SPUB



Pada masa ini, pelajar Tahun 11 dan 12 Atas ITQSHHB menduduki peperiksaan SPUB dan STPUB bagi tahun 2009.
Peperiksaan STPUB bermula pada 29/08/09 hingga 12/09/09 dan Peperiksaan SPUB bermula pada 29/08/09 hingga 17/09/09 bertempat di Dewan
Asrama Lelaki ITQSHHB.


Bittaufik Wannajah kepada pelajar Tahun 11 dan 12 Atas . Semoga berjaya..

Forum Israk Mikraj 1430H


Forum Israk Mikraj bagi tahun 1430H telah diadakan pada 18 Ogos 2009M bersamaan 27 Syabaan 1430H bertempat di Dewan Kuliah, ITQSHHB. Tajuk forum "Fenomena Terkini Masyarakat Sejagat – Penghayatan Israk Mikraj" telah dibincangkan oleh 3 orang panel yang terdiri daripada Ustaz Haji Sadini bin Haji Sujak, Ustaz Haji Khairul Manan bin Hawafi dan Ustaz Haji Ubaidillah Al-Hafiz SQ Haji Abdul Mughni yang dipengerusikan oleh Ustaz Haji Muhammad Termizi bin Haji Mahmood.

Acara tersebut merupakan acara tahunan di ITQSHHB s
empena memperingati sambutan Israk dan Mikraj.

"Snapshots" - Forum Israk Mikraj



Penempatan Siswa ITB di ITQSHHB

ITQSHHB menerima kehadiran dua orang siswa dari Institut Teknolgi Brunei yang menjalani penempatan bagi memenuhi kursus mereka.
Mereka adalah Awang Roslan bin Haji Yusoff dan Haji Muhd Khairul Yadiy bin Haji Awang Damit.

Text Color


Diharapkan penempatan yang akan dijalani dapat memberikan pengalaman dan faedah yang berguna dalam pengajian mereka.

Ak. Khairul Ikhwan Wakili Negara Ke Musabaqah Al-Quran Di Dubai


Awangku Khairul Ikhwan bin Pengiran Alit, pelajar Tingkatan 4B dipilih untuk mewakili negara ke Musabaqah Al-Quran di Dubai.


Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-13 di Dubai bermula pada 29 Ogos 2009 hingga 10 September 2009 dan rombongan negara akan berlepas pada 24 Ogos dan dijangka balik pada 10 September 2009.


Pegawai pengiring yang mengiringi Awangku Khairul Ikhwan ke musabaqah itu ialah guru Al-Quran beliau sendiri, Ustaz Hashim bin Haji Abdullah.


Awangku Khairul Ikhwan khatam hafazan 30 Juz al-Quran dan pernah terpilih ke peringkat akhir musabaqah al-Quran berserta pemahaman sempena Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat negara pada 2009 dalam kategori 'D' iaitu menghafaz 28 Juz al-Quran berserta pemahaman Juz 14.

Marhaban Kepada Tenaga Pengajar dan Kakitangan Baru

Dua orang tenaga pengajar baru telah ditempatkan bagi mengajar matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu di ITQSHHB. Mereka adalah

Cg Hariyani binti Haji Ali

Cg. Hayati binti Hj Mustapha

Dk Norain binti Pg Duraman pula bertugas sebagai kerani Bahasa Arab.



Semoga kehadiran mereka akan menambahkan seri lagi kepada warga ITQSHHB.