AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Sukan Ria - Bowling


Pada hari Sabtu, 29 Mei 2010, jam 9 pagi bertempat di Utama Bowling telah berlangsung acara sukan bowling yang dihadiri oleh tenaga pengajar perempuan ITQSHHB dan para pelajar perempuan ITQSHHB. Acara tersebut adalah salah satu aktiviti yang diaturkan sebelum cuti penggal persekolahan bermula.

Dengan adanya aktiviti tersebut ianya akan dapat lagi mengeratkan hubungan ukhwah di antara para pelajar dan guru-guru dan mengamalkan budaya hidup yang sihat.

"Snapshots" - Bowling