AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Sesi Taklimat Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru ITQSHHB Sesi 1432H/2011M

Sesi Taklimat Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru ITQSHHB Sesi 1432H/2011M berlangsung pada hari Khamis, 01hb Safar 1432H bersamaan 06hb Januari 2011M, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Kuliah, ITQSHHB, Negara Brunei Darussalam.

Hadir di taklimat tersebut adalah Pemangku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar dan Pentadbiran, Cikgu Hj Md Shah bin Hj Abd Mumin, Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Cikgu Hj Md Khairil Faizal bin Hj Awg Bakar, Penolong-penolong Pengetua ITQSHHB, para ibu-bapa dan pelajar-pelajar baru ITQSHHB sesi 1432H/2011M.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Do'a yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Aliman bin Haji Salim.

Taklimat ini bertujuan bagi meningkatkan perhubungan baik di antara ibubapa / pelajar dan pihak Institut dan sebagai permulaan untuk pelajar-pelajar baru mengenali Institut dengan lebih baik, terutama dari segi sistem pengajian dan peraturan-peraturan Institut.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab.

"Snapshots" - Sesi Taklimat