AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Perpisahan bagi Haji Shahrin dan Diana Martini

Acara: Majlis Perpisahan bagi Haji Shahrin dan Diana Martini
Tarikh: 30 September 2009 (Hari Rabu)
Jam: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna, ITQSHHB

"Snapshots" - Majlis Berlangsung







Kami dari Project Team SoutulHuffaz ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas di tempat yang baru dan semoga sukses selalu kepada Haji Shahrin dan Diana Martini.

Majlis Doa Kesyukuran

Acara: Majlis Doa Kesyukuran Sempena 50 Tahun Perlembagaan Negara Brunei Darussalam
Tarikh: 29 September 2009 (Selasa)
Jam: 2.00 petang
Tempat: Masjid Omar Ali Saifuddien

"Snapshots" - Majlis Doa Kesyukuran



Aidilfitri di Rumah Timbalan Pengetua Pentadbiran & HEP

Timbalan Pengetua Pentadbiran & Hal Ehwal Pelajar ITQSHHB, Cikgu Haji Awang bin Haji Aji telah mengadakan rumah terbuka pada hari ini 28hb September 2009 (Isnin) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Snapshots"- Sambutan Aidilfitri



Project Team SoutulHuffaz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Haji Awang  kerana sudi mengundang kami ke rumah terbuka beliau. 


Majlis Doa Kesyukuran bagi Pelajar-Pelajar yang Melanjutkan Pelajaran ke Mesir

Isnin, 28hb September 2009M bersamaan 8hb Syawal 1430H : - ITQSHHB hari ini telahpun mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi bekas pelajar-pelajar ITQSHHB yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Majlis berlangsung di Dewan Kuliah, ITQSHHB sekitar jam 8.30 pagi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua ITQSHHB, Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Pelajar-pelajar yang terpilih iaitu:
    • Mohammad Fikri bin Haji Sharbini
    • Ak Fairuz Zakry bin Pg Haji Rosley
    • Najwa Iman Zahidah binti Haji Aspar
    • Norrabi'atul Adawiyah binti Mohammad
    • Noorimi binti Mohd Salimi
    • Bazilah binti Haji Ahmad Kasra
    • Hajah Norzafirah binti Haji Awang Kadir
    Mereka akan melanjutkan pelajaran ke Ma'ad Qira'at Shoubra dan Universiti Al-Azhar, Mesir.

    Alfu Mabruk dari pihak ITQSHHB dan semoga berjaya dengan cemerlang.

    "Snapshots" - Majlis Berlangsung





    Selamat Hari Guru


    Sempena 23 September ini, Project Team Blog SoutulHuffaz ingin mengucapkan 
    Selamat Hari Guru  
    kepada Mualim-Mualim, Mualimah-Mualimah dan Guru-Guru ITQSHHB. Semoga usaha murni yang dilakukan diberkati oleh Allah dan beroleh kejayaan hendaknya. Amin..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri



    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga ITQSHHB. 
    Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat, 
    Semoga Syawal ini memberi kegembiraan, 
    Ingatlah Allah selalu... 
    Jaga diri dan hiasi peribadi.
    Maaf Zahir dan Batin.. 

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dari, 
    Project Team Blog SoutulHuffaz