AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Doa Kesyukuran bagi Pelajar-Pelajar yang Melanjutkan Pelajaran ke Mesir

Isnin, 28hb September 2009M bersamaan 8hb Syawal 1430H : - ITQSHHB hari ini telahpun mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi bekas pelajar-pelajar ITQSHHB yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Majlis berlangsung di Dewan Kuliah, ITQSHHB sekitar jam 8.30 pagi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua ITQSHHB, Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Pelajar-pelajar yang terpilih iaitu:
    • Mohammad Fikri bin Haji Sharbini
    • Ak Fairuz Zakry bin Pg Haji Rosley
    • Najwa Iman Zahidah binti Haji Aspar
    • Norrabi'atul Adawiyah binti Mohammad
    • Noorimi binti Mohd Salimi
    • Bazilah binti Haji Ahmad Kasra
    • Hajah Norzafirah binti Haji Awang Kadir
    Mereka akan melanjutkan pelajaran ke Ma'ad Qira'at Shoubra dan Universiti Al-Azhar, Mesir.

    Alfu Mabruk dari pihak ITQSHHB dan semoga berjaya dengan cemerlang.

    "Snapshots" - Majlis Berlangsung