AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Sambutan Aidilfitri Jabatan Dirasah Islamiah ITQSHHB

Acara: Sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Dirasah Islamiah ITQSHHB
Tarikh: 7hb Oktober 2009 (Rabu)
Jam: 9.30 pagi
Tempat: Di Dewan Serbaguna, ITQSHHB

Warga ITQSHHB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengundang kami ke majlis tersebut.

"Snapshots" - Sambutan Raya



Majlis Persembahan Bacaan 30 Juzuk Al-Quran, Khatamal Quran dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam

Acara: Majlis Persembahan Bacaan 30 Juzuk Al-Quran, Khatamal Quran dan Doa Selamat  Sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
Tarikh: 6hb Oktober 2009 ( Selasa)
Jam: 4 petang
Tempat: Surau Istana Nurul Iman


"Snapshots" - Majlis Berlangsung





 

 




Persiapan Jawatankuasa Kerja Bagi Pameran ITQSHHB Sempena 50 Tahun Hari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam

Pada 3hb Oktober 2009, ahli jawatankuasa kerja bagi Pameran ITQSHHB bergotong-royong membuat persiapan pameran di Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah. Isi kandungan pameran antara lain memaparkan struktur organisasi ITQSHHB, pencapaian-pencapaian dan akitivti ITQSHHB. Ianya juga termasuk memperkenalkan "blog" SoutulHuffaz yang telah dilancarkan sebelum ini.

"Snapshots" - AJK in action


Majlis Penyerahan Tiket dan Elaun bagi Peserta Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Quran kali ke 31 di Mekah Al Mukarramah.

Pada hari Khamis, 1hb Oktober 2009 telah berlangsung Majlis Penyerahan Tiket dan Elaun bagi Peserta Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Quran kali ke 31 di Mekah Al Mukarramah.

Penyerahan tiket dan elaun kepada peserta negara dan pengiring peserta telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Marzuki bin Haji Abd Rahman, Ketua Bahagian Syi'ar dan Perkembangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Peserta Negara Brunei Darussalam bagi pertandingan tersebut ialah Awang Ahmad Faez bin Haji Daim, pelajar Tahun 10B ITQSHHB. Beliau akan menyertai pertandingan tersebut di dalam Kategori 10 juzuk.

Pihak Institut mendoakan agar peserta ini akan dapat menunjukkan persembahan yang terbaik dan sekaligus berjaya meraih kejayaan.

 "Snapshots" - Majlis Penyerahan Tiket




Majlis Perpisahan bagi Haji Shahrin dan Diana Martini

Acara: Majlis Perpisahan bagi Haji Shahrin dan Diana Martini
Tarikh: 30 September 2009 (Hari Rabu)
Jam: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna, ITQSHHB

"Snapshots" - Majlis Berlangsung







Kami dari Project Team SoutulHuffaz ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas di tempat yang baru dan semoga sukses selalu kepada Haji Shahrin dan Diana Martini.

Majlis Doa Kesyukuran

Acara: Majlis Doa Kesyukuran Sempena 50 Tahun Perlembagaan Negara Brunei Darussalam
Tarikh: 29 September 2009 (Selasa)
Jam: 2.00 petang
Tempat: Masjid Omar Ali Saifuddien

"Snapshots" - Majlis Doa Kesyukuran