AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Lawatan Pelajar Lelaki ITQSHHB ke Jabatan Hal Ehwal Masjid

Tarikh: 24 November 2009, 9 pagi

Lawatan ke Jabatan Hal Ehwal Masjid merupakan satu aktiviti institut sebelum cuti penggal ke empat tahun 2009. Lawatan juga memberikan maklumat yang berguna kepada penuntut berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Masjid. Disamping itu, ianya juga memberikan sedikit maklumat tentang kerjaya yang boleh mereka ceburi setelah tamat mengikuti pengajian di Institut.



Ular Sawa Dijumpai Di OSP

Tarikh: 7 November 2009 (Sabtu)
Tempat: Kawasan Bangunan OSP, ITQSHHB


Ular sawa panjangnya kira-kira 3 meter lebih telah ditemui di kawasan Bangunan OSP, ITQSHHB. Pihak bomba dan penyelamat telah berjaya menangkap ular sawa tersebut.





Peraduan Pidato Bahasa Arab bagi Penuntut-Penuntut Sekolah Arab Tahun 1430H/2009M

Acara: Peraduan Pidato Bahasa Arab bagi Penuntut-Penuntut Sekolah Arab Tahun 1430H/2009M
Tarikh: 11 November 2009 (Hari Rabu)
Tempat: Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit
Jam: 8.15 pagi


Alfu Mabruk kepada 
Ak Ahmad Faris Ramadhani bin Pg Haji Sallehuddin 
kerana mendapat tempat Pertama 
dan Nur Faizura Syahira binti Haji Marsidi 
kerana mendapat tempat Ketiga.


"Snapshots" - Peraduan Berlangsung





Nota: Maaf kerana gambar yang dipaparkan agak kabur.

Sesi Temuduga bagi Pengambilan Pelajar-Pelajar Baru sesi 1431 H / 2009 M - Minggu Akhir

Acara: Sesi Temuduga dan Ujian Tulisan Jawi bagi Pengambilan Pelajar-Pelajar Baru Sesi 1431H / 2010M

Tarikh:  7 November 2009
Tempat:  Blok Pengajian 2, ITQSHHB
Jam: 8 pagi hingga selesai

"Snapshots" - Sesi Temuduga


Majlis Doa Selamat Sempena Menunaikan Ibadah Haji bagi salah seorang warga ITQSHHB

Tarikh: 16 Zulkaedah 1430 / 4 November 2009
Tempat: Restoran Safari Bristo, Kiulap
Masa: 10 pagi
Warga Institut Yang di raikan: Cikgu Zulkipli Bin Abdul Ghani




Sesi Temuduga bagi Pengambilan Pelajar-Pelajar baru bagi sesi 1431 H / 2010 M

Acara: Sesi Temuduga dan Ujian Tulisan Jawi bagi Pengambilan Pelajar-Pelajar Baru Sesi 1431H / 2010M
Tarikh: 4 November 2009

Masa: 8 pagi hingga selesai
Tempat: Bangunan Blok 2 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah


"Snapshots" Ujian Kemahiran Tulisan Jawi




Sesi menghafaz Al-Quran - setiap peserta diberikan masa 45 minit untuk menghafaz ayat yang telah ditentukan.





Sesi Temuduga - Semasa temuduga peserta akan di uji dari segi hafalan ayat yang telah diberikan.