Peperiksaan Percubaan O'Level tahun 2010 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5A bermula pada 16 Ogos 2010 hingga 25 Ogos 2010 bertempat di kelas Tingkatan 5A.
Bittaufik Wannajah kepada pelajar-pelajar.
Semoga berjaya..
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini kerana kita mungkin tidak berkesempatan bertemunya lagi.
Kepada seluruh warga ITQSHHB, Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga puasa kita diterima oleh Allah S.W.T.
Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M
Majlis Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2010M - 2013M akan berlangsung pada hari Sabtu, 19 Syaaban 1431H bersamaan 31 Julai 2010M, jam 2 petang bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Sesi pengajian bagi kemasukkan pertama program ini akan berjalan selama 6 semester atau 3 tahun.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang satu program baru diperkenalkan di Institut ini iaitu Program Diploma 'Aliyah Qiraat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Program yang diperkenalkan ini telah mengumpulkan seramai 12 orang siswa yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 2 orang perempuan setelah lulus menjalani ujian penilaian dan temuduga.
Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Bersempena Dengan Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Kelolaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Tarikh: Hari Jumaat, 18 Syabaan 1431H bersamaan 30 Julai 2010M
Jam: 6 petang
Tempat: Musolla, ITQSHHB
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi memohon kepada Allah SWT agar program Diploma 'Aliyah Qiraat kelolaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Majlis Perasmiannya dapat berjalan dengan selamat, sempurna, teratur dan lancar.
Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah:
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Md. Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abd Rahman, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Objektif majlis tersebut diadakan adalah bagi meraikan 10 orang siswa dan 2 orang siswi yang melanjutkan pengajian mereka dalam Program Diploma 'Aliyah Qiraat dalam bidang pengajian Al-Quran yang pertama di Negara Brunei Darussalam.

"Snapshots"
Majlis Khatam Al-Quran Sebanyak 64 Kali
Tarikh: 14 Julai 2010
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Musolla, ITQSHHB
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sebanyak 64 kali sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun. Majlis berlangsung di Musolla Institut.

Acara dimulakan dengan sembahyang sunnat hajat dan seterusnya bacaan surah Al-Fatihah oleh Pengetua Institut iaitu Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Haji Mohd Salleh.
Langgan:
Catatan (Atom)