AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Bersempena Dengan Perasmian Program Diploma 'Aliyah Qiraat Kelolaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Tarikh:  Hari Jumaat, 18 Syabaan 1431H bersamaan 30 Julai 2010M
Jam: 6 petang
Tempat: Musolla, ITQSHHB

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi memohon kepada Allah SWT agar program Diploma 'Aliyah Qiraat kelolaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Majlis Perasmiannya dapat berjalan dengan selamat, sempurna, teratur dan lancar.

Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah:
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Md. Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abd Rahman, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Objektif majlis tersebut diadakan adalah bagi meraikan 10 orang siswa dan 2 orang siswi yang melanjutkan pengajian mereka dalam Program Diploma 'Aliyah Qiraat dalam bidang pengajian Al-Quran yang pertama di Negara Brunei Darussalam.

"Snapshots"