AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

PENERIMAAN KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BARU ITQSHHB SESI 1432H / 2011M

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan sesi penerimaan kemasukan pelajar-pelajar baru (Tahun 7) yang berjumlah 67 orang bagi sesi 1432H / 2011M yang diadakan pada Hari Ahad, 11hb Safar 1432H bersamaan 16hb Januari 2011M, jam 3.00 petang. Pada sesi kali ini seramai 40 orang lelaki dan 27 orang perempuan telah terpilih untuk memasuki Institut ini.



Bagi pelajar-pelajar lelaki sesi tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Asrama Lelaki, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Manakala bagi pelajar-pelajar perempuan pula telah diadakan di Lobi Asrama Perempuan, Bangunan Ong Sum Ping, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua acara berlangsung secara serentak dan dikendalikan oleh para pegawai dan kakitangan Institut berkenaan.

Sepertimana lazimnya, para pelajar akan didaftarkan oleh ibubapa/ penjaga masing-masing dan seterusnya pelajar menempati bilik-bilik di asrama dimana mereka akan meneruskan pengajian di Institut ini.

Setiap pelajar dikehendaki untuk tinggal di asrama sepanjang pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Walaubagaimanapun mereka juga dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing seminggu sekali dan pada hari-hari kelepasan awam. Tujuan perkara ini dilaksanakan adalah untuk mendidik para pelajar supaya lebih berdikari, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri masing-masing dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.


















Taklimat: X-Class Multimedia Classroom Teaching System

Sesi Taklimat X-Class Multimedia Classroom Teaching System berlangsung pada Hari Isnin, 12 Januari 2011M, jam 2.30 petang bertempat di Bilik Perpustakaan, ITQSHHB dihadiri oleh pegawai-pegawai dan guru-guru ITQSHHB. Taklimat ini dianjurkan oleh Galaxy Communication Co.

"Snapshots" - Sesi Taklimat



Sesi Taklimat Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru ITQSHHB Sesi 1432H/2011M

Sesi Taklimat Penerimaan Pelajar-Pelajar Baru ITQSHHB Sesi 1432H/2011M berlangsung pada hari Khamis, 01hb Safar 1432H bersamaan 06hb Januari 2011M, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Kuliah, ITQSHHB, Negara Brunei Darussalam.

Hadir di taklimat tersebut adalah Pemangku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar dan Pentadbiran, Cikgu Hj Md Shah bin Hj Abd Mumin, Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Cikgu Hj Md Khairil Faizal bin Hj Awg Bakar, Penolong-penolong Pengetua ITQSHHB, para ibu-bapa dan pelajar-pelajar baru ITQSHHB sesi 1432H/2011M.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Do'a yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Aliman bin Haji Salim.

Taklimat ini bertujuan bagi meningkatkan perhubungan baik di antara ibubapa / pelajar dan pihak Institut dan sebagai permulaan untuk pelajar-pelajar baru mengenali Institut dengan lebih baik, terutama dari segi sistem pengajian dan peraturan-peraturan Institut.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab.

"Snapshots" - Sesi Taklimat


  

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR ITQSHHB

Para Pelajar ITQSHHB dikehendaki melapor diri balik ke Asrama pada Hari Isnin (3hb Januari 2011)
di antara jam 3 petang hingga 5 petang.
Sekian harap maklum.

Penyerahan Rekod Kemajuan Pelajar dan Perjumpaan Ibu-bapa dengan Guru-Guru ITQSHHB

Tarikh: 30 November 2010 (Hari Selasa)
Jam: 8.30 pagi hingga 11 pagi
Tempat: Musolla, ITQSHHB

Sebelum cuti penggal persekolahan Disember bermula, ITQSHHB telah mengadakan penyerahan Rekod Kemajuan Pelajar dan Sesi perjumpaan Ibu-Bapa bagi Pelajar-pelajar Tahun 7, 8, 9 dan Tingkatan 4 dengan Guru-guru ITQSHHB.

Ibu-Bapa pelajar berpeluang untuk mengetahui dan membincangkan perihal perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran Al-Quran dan mata pelajaran akademik.

"Snapshots"








Dikesempatan ini, pihak ITQSHHB ingin mengucapkan Selamat Bermanfaatkan Cuti Sekolah.  

"Wishing everyone a restful today and better & brighter tomorrow."

Lawatan Ke Daerah Belait

Tarikh: 23 November 2010 (Hari Selasa)
Jam: 9 pagi
Tempat: Pantai Jubli, Seri Kandi Restaurant, Masjid, OGDC

Seperti lazimnya, sebelum cuti penggal persekolahan bermula, aktiviti telah diaturkan untuk pelajar-pelajar ITQSHHB. Antara aktiviti tersebut ialah lawatan ke Daerah Belait.


"Snapshots"