AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Pertandingan Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Quran Berserta Pemahaman Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran (Bagi Negara Anggota MABIMS) Tahun 1430 Hijrah

Pertandingan Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Quran Berserta Pemahaman (Bagi Negara Anggota MABIMS) merupakan salah satu projek Dwi tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan ianya merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara.

Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada Hari Khamis malam Jumaat 14 Ramadhan 1430 bersamaan 3 September 2009 bermula jam 9:15 malam.

Te
tamu Kehormat Majlis tersebut ialah:
Yang Berhormat

Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awan
g Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Negara Brunei Darussalam

"Snapshots" - Semasa Majlis Berlangsung