AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Lawatan Daripada Rombongan Negeri Sabah

Tarikh: 22 Jamadilakhir 1431 H / 5 Jun 2010
Jam: 1 Petang
Tempat: Dewan Kuliah ITQSHHB

Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Bin Mohd Arif, Pengerusi Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) beserta rombongan seramai 15 orang telah mengadakan kunjungan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kunjungan Yang Berhormat disusuli dengan ucapan alu-aluan dari yang mulia Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB dan seterusnya taklimat ringkas mengenai Institut oleh Cikgu Mohd Shah Bin Haji Abdul Mumin, Penolong Pengetua Pengurusan Estet dan Perhubungan Awam.

"snapshots - semasa kunjungan"