AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Penyerahan Rekod dan Perjumpaan IbuBapa dengan guru-guru ITQSHHB

Tarikh: 3 Jun 2010 (Hari Khamis)
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Musholla, ITQSHHB

Sebelum cuti penggal persekolahan bermula, ITQSHHB telah mengadakan penyerahan rekod dan sesi perjumpaan IbuBapa bagi Pelajar-pelajar Tahun 7, 8, 9 dan Tingkatan 4 dengan Guru-guru ITQSHHB. Dikesempatan itu IbuBapa pelajar berpeluang untuk mengetahui dan membincangkan perihal perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran Al-Quran dan mata pelajaran akademik.



"Snapshots" - Sesi Perjumpaan