AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama Ke ITQSHHB



Tarikh: 24 Jun 2010 ( Hari Khamis ) Jam: 9 pagi
Tempat: Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, KHEU


Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir dalam rombongan ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ke ITQSHHB dialu-alukan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB.

Program lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Pegawai Ugama.
Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan serta taklimat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB. 



Acara diteruskan dengan ucapan nasihat oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr.Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama. 

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama,Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya dijunjung membuat lawatan ke bahagian-bahagian ITQSHHB.


"Snapshots - Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama"