AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN
Selamat datang ke SoutulHuffaz ITQSHHB. Laman yang memperlihatkan keunikan dan keistimewaan satu-satunya institut di Negara Brunei Darussalam yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras dalam pembelajarannya dan seterusnya melahirkan para hufaz yang berkaliber.

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 38

Majlis Konvokesyen UKM ke 38 telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada 9 Ogos 2010 .

Ustaz Hj Abd Rajid bin Hj Mohd Salleh, Pengetua ITQSHHB adalah antara mahasiswa yang dianugerahkan ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan. Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato Seri (DR) Ahmad Rithauddeen Al-Haj Tengku Ismail. Majlis yang penuh gilang gemilang itu dihadiri oleh Naib Canselor UKM, jemputan-jemputan khas, Para pensyarah dan para ibu bapa.

Hadir sama bagi menyaksikan penganugerahan tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Pelajar Brunei di Malaysia Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Hj Abu Bakar dan Md Mujeib bin Hj Musa. Semasa disana Pengetua ITQSHHB berkesempatan singgah di apartment Ustaz Pg Hj Amiruddin bin Pg Hj Damit yang pada masa kini sedang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana UKM.

Dalam pertemuan yang singkat itu, Ustaz Hj Abd Rajid melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Yang Dipertua Persatuan Pelajar Brunei di Malaysia dan rakan-rakannya atas pertolongan dan bantuan yang diberikan semasa keberadaannya disana. Beliau juga sangat-sangat berterima kasih kepada Ustaz Pg Hj Amiruddin bin Pg Hj Damit yang telah membantu beliau menguruskan semua hal berkaitan dengan konvokesyen dari awal hingga akhir.

Laporan : Sri Cempaka Bandar Baru bangi, Kajang Selangor Malaysia

"Snapshots" - Majlis Konvokesyen UKM




"SoutulHuffaz mengucapkan Mabruk kepada Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh"